Tuesday 30 October 2012

Dibawah ini saya ingin berkongsi satu laman web bagaimana nak kira kapasitor. Selamat mencuba...

 http://www.muzique.com/schem/caps.htm
SALAM KEPADA SEMUA...... Dah lama saya tak blogger sebab saya agak sibuk. Di sini saya ingin berkogsi satu video tentang soal jawab agama bersama ustaz azhar idrus.Di harap pembaca suka menontong video ini....

Thursday 4 October 2012

INILAH KERJA SEORANG REPAIRER......






PENUH DENGAN CABARAN DALAM MENCARI/MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK.

INILAH DUNAI ELEKTRONIK






TENANGKAN PERASAAN ANDA...

Jangan stress sangat nanti boleh membahayakan diri anda. Lihat ikan2 di bawah, sungguh tenang dan sejuk mata memandang.....sempat lagi amik pic ikan ketika makan kat Mutiara Rini.


Wednesday 3 October 2012

SEBELUM MEMULAKAN PROSES MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK/ELEKTRIK

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi semasa saya berada di dalam bidang repairing/servicing. Langkah2 yang perlu diambil sebelum membaiki sesebuah peralatan elektronik adalah :

1. Perhatikan PCB samada ada sebarang masalah atau tidak. Periksa samada PCB ada kesan terbakar/panas(dark),komponen yang terbakar atau sebarang masalah yang boleh dikaitkan dengan masalah yang dihadapi.


2. Pastikan setiap komponen berada di dalam keadaan baik. Periksa setiap komponen yang ada didalam PCB tersebut.


3. Kenalpasti punca bekalan kuasa/ power supply. Biasanya kita akan mulakan proses pemeriksaan bermula dari punca bekalan masuk.


4. Periksa kualiti soldering. Periksa keseluruhan kualiti soldering dan pastikan tiada yang 'Dry solder' kerana ianya boleh membuatkan tiada contact point diantara komponen dan PCB.


5.Ukur setiap komponen. Setelah langkah2 diatas sudah di ambil, maka langkah terakhir yang perlu di ambil adalah dengan mengukur setiap komponen. Ukur dan pastikan komponen berada dalam spesifikasi yg telah di tetapkan. 


Kebanyakkan proses membaiki/repairing peralatan elektronik akan berjaya jika kita sabar dan tekun dalam menyelesaikan masalah. Setiap hari kita akan berjumpa dengan benda baru dan pengalaman baru, so jangan jemu untuk mencari ilmu.


     







Jammed kt Kastam & Imigresen

Semalam semasa aku dalam perjalanan balik dari singapura, awal2 lg dah jammed kat kastam & imigresen singapura. Kat bawah ada pic yg sempat aku amik tapi tak la nampak teruk sangat sebab masa aku amik gambar ni aku paling belakang.

 Kalu gini la tiap2 hari keadaannya tak sanggup aku kerja singapura. Tapi aku hairan walaupun jammed teruk mcm mana pun, orang Malaysia tetap nak kerja sana. Malah makin ramai dari hari ke hari.