Wednesday 8 August 2012

Elektrik & elektronik amat penting dalam kehidupan kita. Pelbagai peralatan yang menggunakan elektrik & elektronik dari sekecil-kecil alat hingga lah sebesar-besar peralatan. Contohnya, kalau kat rumah kita guna elektrik & peralatan elektronik seperti peti ais, radio, TV dan sebagainya. Di bawah adalah contoh-contoh peralatan & penggunaan elektrik & elektronik.


Tuesday 7 August 2012

PERINGATAN KEPADA PENGGUNA PERLATAN ELEKTRIK


Tanggal alat elektrik ketika petir

KUALA LUMPUR: Apa saja alatan elektrik baik televisyen, penghawa dingin malah pengecas telefon bimbit sekalipun seharusnya ditutup serta ditanggalkan dari soket ketika cuaca tidak elok terutama hujan lebat dan petir.
Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abd Rahman, berkata, peringatan mengenai bahaya penggunaan alatan elektrik ketika cuaca buruk sejak sekian lama diuar-uarkan menerusi media massa, namun segelintir masyarakat seolah-olah tidak mengendahkannya.

Menurutnya, tidak kira sama ada menggunakannya atau tidak, ketika petir khususnya, plug peralatan elektrik tidak patut dibiarkan terpasang di soket bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.




Sumber dari Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

PRIHATIN.....MALANG TAK BERBAU. SENTIASA LA BERINGAT KERANA HIDUP INI PENUH DENGAN KETIDAKTENTUAN


Bayi 45 hari perlu RM40,000 bedah jantung

KUALA LUMPUR: Pendapatannya sebagai mekanik di bengkel motosikal sebanyak RM2,000 sebulan menyebabkan Chong Thien Som, 50, gagal menyimpan wang untuk seorang anaknya memerlukan pembedahan jantung pada Oktober ini.
Anak bongsunya, Chong Kar Ching, yang baru berusia 45 hari, disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir, perlu menjalani pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN) dengan anggaran kos perbelanjaan mencecah RM40,000.

“Di mana kami hendak mencari wang sebanyak itu sedangkan gaji sedia ada hanya cukup menampung perbelanjaan rumah, persekolahan anak sulung serta keperluan harian kami sekeluarga,” katanya dalam nada sebak, di sini semalam.
“Tapi kami juga mahu melihat anak bongsu membesar dan sihat seperti kanak-kanak yang lain. Oleh itu, kami merayu kepada orang ramai sudi membantu dari segi kewangan bagi membolehkan Kar Ching menjalani pembedahan jantung nanti,” katanya dalam nada sebak, di sini semalam.

Selain anak sulungnya yang berumur tujuh tahun, Thien Som juga mempunyai seorang lagi anak berumur dua tahun.

Sebelum ini, isterinya Eng Chin Choo, 42, bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan, namun selepas melahirkan anak bongsunya pada Jun lalu, dia terpaksa berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian menjaga Kar Ching.
Difahamkan ketika ini, Kar Ching bergantung kepada tiga jenis ubat untuk jantung, hati serta memudahkannya membuang air selain tiub memasukkan makanan yang perlu ditukar setiap minggu.

Orang ramai ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Eng Chin Choo (114244427005) atau menghubungi talian 012-3591577 (Thien Som) dan 03-928 19697 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber dari Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN 

Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alat tersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asas sesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakah kerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antara satu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa. Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-
i. Mengesan simpton
ii. Teknik surihan dan suntikan isyarat
iii. Mengukur voltan
iv. Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litar
v. Mengesan dengan cara fizikal


Bersambung.........

ASAS ELEKTRIK


PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK 
_____________________________________________________________________________
 1.Bezaupaya (voltan)
Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.
Simbol : V
Unit : Volt(V)

2. Rintangan
Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus.
Simbol : R
Unit : Ohm (W)

3. Pengalir
Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai
bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi dan kuprum.

4. Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia
mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah,
kaca, minyak dan oksigen.

5. Separa Pengalir (semikonduktor)
Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia
mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat
komponen elektronik. Contohnya silikon ,germanium dan karbon.

6. Kerintangan
Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus
elektrik untuk melaluinya,
Simbol : r (Rho) dan unitnya : Ohm meter ( (Wm)

7. RINTANGAN
Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya.

8. Panjang pengalir, l
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah
panjang. Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut,
R ยต l

KEPADA YG SUKA MEMASAK JOM TRY RESEPI INI


LEEK & UDANG 'STIR-FRY'


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 2 btg leek, dihiris serong dan tebal sedikit
  • 10 ekor udang saiz M
  • 3 ulas bwg putih (cincang halus)
  • 1 labu bawang besar dihiris separuh bulat
  • 1sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 2-3 sb air stok udang(optional)
  • sedikit air
  • 1/2 inci halia,dihiris

Cara-cara

  1. Bersihkan udang, biarkan kepalanya. Panaskan minyak, tumis bwg & halia hingga wangi.
  2. Masukkan udang, kacau sehingga kulitnya kemerahan.
  3. Masukkan sedikit air, kicap cair & serbuk perasa.Masukkan air stok udang,jika menggunakannya Kacau rata. 
  4. Masukkan sayur leek. Kacau seketika & angkat. Sedia dihidang bersama nasik panas & lauk kegemaran.. 




SOTONG MASAK SZECHUAN

 Bahan-bahan ( seisi kuwarge )
  • Sotong
  • B.putih, b.besar
  • Cili kering, daun bawang
  • Minyak bijan
  • Bancuhan tepung jagung
  • Sos tiram, kicap pekat
  • Gajus

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan sedikit minyak bijan(sesame oil).
  2. Goreng cili kering yg dipotong pjg hingga garing, asingkan.
  3. Tumis bawang putih, masukkan sotong, sos tiram dan kicap pekat. Kacau seketika.
  4. Bila sotong hampir empuk masukkan gajus dan cili kering yg diasingkan tadi.
  5. Untuk kuah yg lebih pekat, masukkan bancuhan tepung jagung dan diikuti bawang besar yang dibelah empat. 



SELAMAT MENCUBA............





Monday 6 August 2012

KERJA AKU......

Saya bekerja sebagai TECHNICAL SUPPORT ENGINEER di salah sebuah syarikat di Skudai,Johor. Kerja saya membaiki peralatan elektrik & elektronik dan bertemu pelanggan dalam memberi perkhidmatan baikpulih peralatan elektrik & elektronik.

Selain itu saya juga seorang AGEN TAKAFUL IKHLAS secara sambilan. Kepada sesiapa yang ingin bertanya atau mengambil polisi takaful atau apa2 pun persoalan mengenai takaful boleh hubungi saya di talian 019- 7646563.


                                        SELAMAT DATANG KE BLOG INI

KINI ANDA JUGA BOLEH MENUNAIKAN HAJI

Tentu anda semua kenal gambar di atas. Adakah anda bercita2 ingin mencium batu ini?? Kini di takaful ikhlas ada menyediakan plan yang membolehkan anda menunaikan haji iaitu PLAN IKHLAS HAJJ SAVING TAKAFUL. Plan ini menyediakan satu plan pelaburan untuk menunaikan haji. Jadi, wahai muslim & muslimat sekalian bertindak lah sekarang!!!!
Plan ini juga akan bertindak melindungi tuan/puan apabila berlaku sebarang musibah seperti KEMATIAN/HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH, MENGIDAP PENYAKIT KRITIKAL & KHAIRAT KEMATIAN.Plan ini boleh di ambil serendah RM19.50(mengikut kiraan umur peserta)

BERTINDAK SEKARANG!!!!


Repair warrick relay

Dah bebulan2 aku try repair relay nie tp sampai sekarang masih belum jugak berfungsi. Kalu ikut kan hati malas dah aku nak repair tp terpaksa jugak repair sebab bos suruh.

REPAIR CARD ELECTRONIC

PERTAMA KALI AKU REPAIR CARD ELECTRONIC NIE... PENING GAK KEPALA AKU. BYK KOMPONEN YG TAK PERNAH AKU JUMPA ADA DLM CARD ELECTRONIC INI.