Tuesday 7 August 2012

ASAS ELEKTRIK


PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK 
_____________________________________________________________________________
 1.Bezaupaya (voltan)
Perbezaan keupayaan di antara dua titik dalam litar elektrik.
Simbol : V
Unit : Volt(V)

2. Rintangan
Merupakan penentangan terhadap pengaliran arus.
Simbol : R
Unit : Ohm (W)

3. Pengalir
Bahan yang membenarkan arus elektrik melaluinya kerana ia mempunyai
bilangan elektron bebas yang banyak. Contohnya besi dan kuprum.

4. Penebat
Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Ia
mempunyai banyak elektron valensi tetapi sukar dibebaskan. Contohnya getah,
kaca, minyak dan oksigen.

5. Separa Pengalir (semikonduktor)
Bahan yang mempunyai ciri-ciri elektrikal di antara penebat dan pengalir. Ia
mempunyai empat(4) elektron valensi dan digunakan untuk membuat
komponen elektronik. Contohnya silikon ,germanium dan karbon.

6. Kerintangan
Merupakan sifat bahan pengalir di mana ianya melawan atau mengurangkan aliran arus
elektrik untuk melaluinya,
Simbol : r (Rho) dan unitnya : Ohm meter ( (Wm)

7. RINTANGAN
Merupakan satu keadaaan yang menghalang pergerakan arus melaluinya.

8. Panjang pengalir, l
Nilai rintangan dawai akan bertambah tinggi jika dawai tersebut bertambah
panjang. Ia berkadar terus dengan panjang dawai tersebut,
R µ l

No comments:

Post a Comment