Tuesday 7 August 2012

PRIHATIN.....MALANG TAK BERBAU. SENTIASA LA BERINGAT KERANA HIDUP INI PENUH DENGAN KETIDAKTENTUAN


Bayi 45 hari perlu RM40,000 bedah jantung

KUALA LUMPUR: Pendapatannya sebagai mekanik di bengkel motosikal sebanyak RM2,000 sebulan menyebabkan Chong Thien Som, 50, gagal menyimpan wang untuk seorang anaknya memerlukan pembedahan jantung pada Oktober ini.
Anak bongsunya, Chong Kar Ching, yang baru berusia 45 hari, disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir, perlu menjalani pembedahan jantung dengan segera di Institut Jantung Negara (IJN) dengan anggaran kos perbelanjaan mencecah RM40,000.

“Di mana kami hendak mencari wang sebanyak itu sedangkan gaji sedia ada hanya cukup menampung perbelanjaan rumah, persekolahan anak sulung serta keperluan harian kami sekeluarga,” katanya dalam nada sebak, di sini semalam.
“Tapi kami juga mahu melihat anak bongsu membesar dan sihat seperti kanak-kanak yang lain. Oleh itu, kami merayu kepada orang ramai sudi membantu dari segi kewangan bagi membolehkan Kar Ching menjalani pembedahan jantung nanti,” katanya dalam nada sebak, di sini semalam.

Selain anak sulungnya yang berumur tujuh tahun, Thien Som juga mempunyai seorang lagi anak berumur dua tahun.

Sebelum ini, isterinya Eng Chin Choo, 42, bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan, namun selepas melahirkan anak bongsunya pada Jun lalu, dia terpaksa berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian menjaga Kar Ching.
Difahamkan ketika ini, Kar Ching bergantung kepada tiga jenis ubat untuk jantung, hati serta memudahkannya membuang air selain tiub memasukkan makanan yang perlu ditukar setiap minggu.

Orang ramai ingin menghulur bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Eng Chin Choo (114244427005) atau menghubungi talian 012-3591577 (Thien Som) dan 03-928 19697 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber dari Harian Metro, Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08

No comments:

Post a Comment