Wednesday 3 October 2012

SEBELUM MEMULAKAN PROSES MEMBAIKI PERALATAN ELEKTRONIK/ELEKTRIK

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang saya perolehi semasa saya berada di dalam bidang repairing/servicing. Langkah2 yang perlu diambil sebelum membaiki sesebuah peralatan elektronik adalah :

1. Perhatikan PCB samada ada sebarang masalah atau tidak. Periksa samada PCB ada kesan terbakar/panas(dark),komponen yang terbakar atau sebarang masalah yang boleh dikaitkan dengan masalah yang dihadapi.


2. Pastikan setiap komponen berada di dalam keadaan baik. Periksa setiap komponen yang ada didalam PCB tersebut.


3. Kenalpasti punca bekalan kuasa/ power supply. Biasanya kita akan mulakan proses pemeriksaan bermula dari punca bekalan masuk.


4. Periksa kualiti soldering. Periksa keseluruhan kualiti soldering dan pastikan tiada yang 'Dry solder' kerana ianya boleh membuatkan tiada contact point diantara komponen dan PCB.


5.Ukur setiap komponen. Setelah langkah2 diatas sudah di ambil, maka langkah terakhir yang perlu di ambil adalah dengan mengukur setiap komponen. Ukur dan pastikan komponen berada dalam spesifikasi yg telah di tetapkan. 


Kebanyakkan proses membaiki/repairing peralatan elektronik akan berjaya jika kita sabar dan tekun dalam menyelesaikan masalah. Setiap hari kita akan berjumpa dengan benda baru dan pengalaman baru, so jangan jemu untuk mencari ilmu.


     







No comments:

Post a Comment